Tuesday, August 17, 2010
Perspektif Generasi Merdeka: Menelusuri Kemerdekaan
Sekiranya anda menakrifkan kejayaan bagi sesebuah kemerdekaan hanya pada struktur
ekonomi dan pembangunan sesebuah negara sahaja. Anda sebenarnya silap! Saban tahun kita
menyaksi pelbagai takrifan dan juga isu dikait dengan pengisian kemerdekaan tetapi apakah
bentuk pengisian yang sebenarnya? Satu persoalan yang perlu kita sama-sama fikir dan kupas.
Merdeka sememangnya bermaksud bebas, lepas dan berdiri sendiri. Namun apakah
dengan hanya bebas dari segi lahiriah sahaja yang dikatakan sebagai merdeka? Merdekanya
sesuatu bangsa adalah bererti merdeka bukan sahaja dari segi lahiriah semata-mata tetapi juga
dari segi pemikiran, mental dan spiritual. Ini kerana tanpa tiga aspek ini kita masih lagi dianggap
belum merdeka walaupun pada zahirnya kelihatan sudah merdeka.
Jika ditinjau dan diimbas kembali zaman lampau anda akan mengerti apa yang cuba saya
ketengahkan ini. Pada zaman dahulu pemikiran manusia tidak begitu berkembang. Kalau ada pun
yang berkembang adalah dari golongan elit, ahli falsafah, saintis, pemikir dan golongan
cendekiawan. Masyarakat marhaen langsung tidak mempamerkan peningkatan dan
perkembangan minda yang memberangsangkan oleh kerana pelbagai faktor persekitaran yang
tidak merangsang. Ini disebabkan oleh kongkongan dan hambatan oleh golongan pemerintah pada
ketika itu kerana golongan pemerintah pada ketika itu mahu apa yang mereka atur dan rancang
berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Masa merubah segalanya dan budaya pun turut tidak terkecuali. Perubahan budaya ini
telah mencetus sedikit sebanyak perubahan dari segi pemikiran dan lantaran itu berlakunya
beberapa peristiwa besar dalam sejarah dunia seperti Revolusi Perancis antaranya. Fenomena ini
telah banyak mengubah minda masyarakat dunia tentang banyak perkara dan antaranya
termasuklah soal kemerdekaan. Mereka mula berfikir dan cuba mencari jawapan. Semakin banyak
yang difikirkan semakin banyak yang dapat dirongkai.
Masa terus berlalu. Kesedaran tentang kemerdekaan sebenarnya sudah semakin tinggi.
Masyarakat Melayu kita tidak terkecuali dan setelah hampir lima abad dijajah, kita mula menyedari
betapa pentingnya untuk mengecap erti kemerdekaan. Masyarakat kita pun turut mula
menampilkan diri satu per satu dan mula bangkit memperjuangkan soal kemerdekaan negara. Tok
Gajah, Dol Said, Mat Salleh, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong (sekadar menyatakan
sebahagian) telah mula bersuara dan mengatur gerak untuk membebaskan tanah air tercinta dari
genggaman bangsa asing dan turut sama mengejutkan minda pemikiran orang melayu yang
selama ini lena dibuai mimpi ilham penjajah.
Waktu itu orang Melayu mula menyedari bahawa diri mereka dipermainkan. Doktorin barat
yang meresap dalam tubuh mereka mula dikeluarkan. Penjajah cukup risau kepada senario yang
berlaku lantas menjunamkan pelbagai tipu muslihat semata-mata untuk meencatkan arus
kebangkitan ini. Namun mereka bernasib baik kerana dalam kebangkitan itu ia nyata secara
berkelompok-kelompok. Tidak bersepadu dan sekata di seluruh negara. Ia hanya berdasarkan
beberapa tempat dan tidak menyeluruh. Tok Gajah di Pantai Timur, Dol Said di Selatan, masanya
tidaklah serentak dan itulah yang berlaku. Jadi penjajah mempunyai mekanisme yang cukup kuat
untuk menepis perjuangan ini walaupun gagal menyekat semarak perjuangan ini daripada
berterusan.
Golongan terpelajar dari Timur Tengah pula mengilhamkan apa yang mereka saksikan di
sana. Penerbitan akhbar dan makalah mula bersemi. Perjuangan menuntut kemerdekaan semakin
rancak. Penggunaan sastera untuk menyuntik semangat kebangsaan dan patriotis mula
berkembang. Pak Sako dan beberapa nama besar dalam perjuangan melalui sastera telah kembali
merangsang gelombang kebangkitan ini.
Kewujudan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan beberapa pertubuhan lain turut
memangkin kepada kekuatan ini. Akhirnya selepas melalui zaman perit peralihan tampuk
penjajahan kepada Jepun, keganasan Komunis dan kembali kepada British, kita akhirnya tersedar
dari lamunan. Nenek moyang kita kembali bersemangat bermandi keringat melalui Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perjuangan kali ini lebih menyeluruh.
Dato’ Onn Jaafar telah memainkan peranan besar menghadapi Malayan Union ilham
British. Dato’ Onn menyemarakkan perjuangan menuntut kemerdekaan secara lebih menyeluruh
dengan menjadikan perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini sebagai inspirasi untuk mencapai
kemerdekaan dan akhirnya selepas semua penat lelah, negara berjaya melepaskan diri dari
belenggu penjajahan.
Tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu merayakan detik gemilang. Detik yang dinanti sejak
sekian lama oleh sekelian penghuni bumi bertuah ini. Air mata kegembiraan mengalir di manamana.
Anak-anak merdeka girang merayakan kemerdekaan negara. Ibarat suatu pesta semuanya
merasa cukup bahagia. Ketika itu dirasakan betapa besarnya nikmat kemerdekaan.
Kini setelah 53 tahun merdeka, pengisian kemerdekaan itu boleh kita persoalkan.
Timbulnya pelbagai macam masalah, jenayah dan lain-lain membuatkan kita tersentak. Apakah ini
pengisian yang dapat kita beri kepada negara kita? Kalaulah masih ada pejuang kemerdekaan
yang masih hidup, nescaya mereka akan menitiskan air mata kerana perjuangan yang mereka
asaskan dahulu seolah tidak disambung oleh generasi kini.
Kita tidak menafikan banyak kejayaan yang telah kita kecapi namun setiap kejayaan yang
dikecapi harus ada kesinambungannya. Ia tidak harus terhenti di situ sahaja kerana masa akan
terus berputar dan segala isinya akan turut berubah. Kita mesti lebih peka dengan keadaan
semasa. Masih banyak perangkap yang harus dibuang dan masih ada banyak aspek yang perlu
kita terokai. Jika dulu zaman industri, kini ia sudah beralih kepada zaman teknologi maklumat.
Justeru kita seharusnya cuba terus mengisi kemerdekaan ini dengan acuan kita sendiri. Tanpa
penguasaan dalam bidang-bidang teknologi maklumat kita akan kembali dijajah walaupun ia tidak
dalam bentuk fizikal.
Kita generasi pasca-merdeka. Itu yang sering kita laungkan, sering kita war-warkan dan
sering kita banggakan. Apakah itu hanya semata-mata sebagai satu slogan? Tidakkah patut kita
merasa malu kerana kita diberi ruang yang cukup luas untuk mengisi kemerdekaan yang dikecapi
agar apa yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu boleh dibanggakan. Kemanakah hilangnya
identiti kendiri kita? Jati diri yang hilang ini tidakkah mampu kita cari kembali?
Banyak lagi persoalan yang timbul dan kita perlu persoalkan agar kita benar-benar
menginsafi diri kita dalam mengisi kemerdekaan ini. Ruang dan peluang terbuka luas untuk kita.
Kita hanya perlu mengisi kemerdekaan bukannya mencari kemerdekaan kerana ia telah ditemui.
Ingatlah mengisi kemerdekaan sama pentingnya dengan mencari kemerdekaan dan ia menuntut
kita berfikir secara matang dan rasional. Fikirlah untuk diri kita. Fikirlah untuk bangsa kita. Fikirlah
untuk negara kita. Fikirlah untuk agama kita!
Usah bermimpi lagi. Demi negara marilah kita lakukannya.1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Manisnya Kemerdekaan
Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat mulia yang perlu disanjung tinggi oleh generasi remaja. Oleh itu, dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita, generasi yang hidup pada zaman ini khususnya golongan remaja janganlah melupakan pengorbanan para pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita.
Hasil cetusan semangat para pejuang seperti tokoh-tokoh politik, cendekiawan dan juga para ulama’, maka kita wajib menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia.
Setakat ini negara kita sudah berhadapan dengan berbagai-bagai gejala sosial yang membimbangkan yang memerlukan generasi muda sama-sama insaf dan sedar serta bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Negara kita juga tidak wajar digemparkan dengan sebarang ancaman baru daripada mana-mana kumpulan sehingga ke tahap mengancam keamanan dan keselamatan negara.
Dalam kita berusaha meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya kemerdekaan dan melahirkan kesyukuran ke atas manisnya kemerdekaan itu, sudah ada tanda-tanda di dalam masyarakat kewujudan golongan yang mulai cuai dan lupa diri sehingga menimbulkan masalah. Keadaan ini jika tidak dibanteras dengan segera akan membawa kita kembali dijajah, khususnya penjajahan minda, iaitu suatu penjajahan bentuk baru yang licik dan halus.
Masalah yang dimaksudkan ialah gejala sosial seperti black metal, pergaulan bebas, samseng, vandalisme, penyalahgunaan dadah, lumba haram dan sebagainya di kalangan remaja. Oleh sebab terlalu merdeka maka mereka lupa dan alpa tentang soal-soal pengorbanan. disiplin, tanggungjawab dan jati diri. Masalah ini tidak wajar dipertanggungjawabkan keatas kerajaan sahaja.
Tanggungjawab untuk menyekat atau mengatasi masalah ini harus menjadi tanggungjawab seluruh remaja. Didik dan tanamkan disiplin dalam diri supaya terhindar daripada sebarang gejala yang boleh merosakkan masa depan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.
Tidak ada negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang dapat hidup dalam keadaan tenteram, harmoni, saling bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh negara kita . Suasana dan amalan yang dinikmati oleh Malaysia ini merupakan cara hidup yang dituntut oleh Islam.
Justeru ,marilah kita memelihara kemerdekaan kita ini dengan mengekalkan perpaduan yang wujud supaya tidak akan ada perasaan curiga mencurigai sesama kita. Kita kekalkanlah permuafakatan yang telah wujud sejak 49 yang lalu sebagai kunci kepada kecemerlangan negara kita di masa yang akan datang. Golongan remaja perlu hidup bersatu hati di bawah lambang perpaduan, menyemai sikap kasih sayang dan bermuafakat untuk kebaikan bersama.
Generasi sesudah merdeka berkewajipan menggembleng tenaga dan bertekad untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman sama ada dalam bentuk fizikal seperti keselamatan negara mahupun spiritual seperti penyelewengan akidah dan penyongsangan akhlak. Generasi remaja hendaklah berusaha dan berkorban segala-galanya demi memerdekakan diri daripada cengkaman kebejatan dan perhambaan hawa nafsu.
Sebagai generasi pasca kemerdekaan, remaja perlu kembali untuk memahami sejarah dan perkembangan negara kita. Ini penting sebagai kayu pengukur dan pemangkin dalam menyumbangkan khidmat dan bakti kepada negara yang tercinta. Tanpa memahami akan perkembangan negara dan buta sejarah , kita mungkin akan hanyut dibawa arus kesenangan hidup yang melalaikan.
Di sinilah peranan golongan remaja sebagai agen yang menggerak dan mengisikan erti kemerdekaan negara. Untuk mewujudkan pencapaian yang cemerlang, negara memerlukan generasi muda yang tangkas, gigih dan sangat dedikasi dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab
Remaja perlu meningkatkan kemahiran dan mendalam ilmu pengetahuan agar ia dapat digunakan untuk mencipta kemajuan yang lebih bermakna.Tiada ertinya menikmati kemerdekaan berpuluh tahun akan tetapi cara dan pemikiran masih dikongkong oleh kekalutan berfikir dan kesempitan idea.
Sehubungan dengan itu, kita tidak sepatutnya merasakan cukup sekadar apa yang ada. Kita perlu membuka ruang dan mencipta peluang seperti mewujudkan trend pemikiran yang lebih proaktif. Kemajuan dan perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dan dipergunakan sebagai sebahagian daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara.
Semangat kenegaraan dan mencintainya mesti tumbuh subur di setiap sanubari golongan remaja. Perasaan seumpama ini sebagai bekalan terbaik dalam mengharungi liku-liku kehidupan bernegara. Ini penting agar setiap pengaruh dan cabaran yang datang melanda masyarakat dapat didepani dengan lebih berani dan berupaya. Justeru remaja perlu memiliki minda merdeka yang dinamik, cemerlang dan bertenaga.
Dalam suasana aman dan sejahtera hasil kemerdekaan ini, sudah sampai masa dan mustahak bagi semua pihak untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan terhadap apa-apa juga unsur yang boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan negara. Bersama-samalah kita menjaga dan mengawal bumi Malaysia yang tercinta ini daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini agar kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati selama ini terus dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Penghayatan Kemerdekaan Bukan Sekadar Laungan Slogan
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama.
Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.
Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.
Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu. Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.
Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya?
Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah ‘perbiadapan’ Barat yang menjunjung nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang membawa kerosakan.
Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur dengan menerima ‘ubat’ yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
Apa yang disangka ‘ubat’ sebenarnya ‘racun’ yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara merdeka.
Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara terus merdeka dan makmur.
Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.
Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain.”
Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.
Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.
Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama 53 tahun. Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi?
Perlembagaan Malaysia
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

peristiwa Di Malam Bersejarah
Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Rombongan ke LONDON
01 Januari 1956
Rombongan Rundingan Kemerdekaan
Dari kiri: Datuk Ahmad Kamil, Datuk Dr Ismail, Datuk Hj Abdul Wahab, YTM Tunku Abdul Rahman, Dato' Mohammad Seth, Kolonel Sir H.S. Lee, Dato' Abdul Aziz Majid dan Datuk Abdul Razak Barisan belakang: T.H. Tan(Setiusaha Wakil Perikatan) dan Abdul Kadis Shamsuddin (Setiuasaha wakil Raja-raja)

53 Tahun Kemerdekaan Yang Dikecapi
Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.
Monday, August 16, 2010
Erti Kemerdekaan
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Tuesday, August 3, 2010
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Mengulang-ulangkan lafaz
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
mengulang-ulangkan perarakan
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
jalurjalurjalurjalurjalurjalurjalurjalur
gemilang di seluruh pelusuk rusuk negara
mengulang-ulangkan seruan
mengulang-ulangkan harapan
mengulang-ulangkan gambaran
merdekakan mereka yang tak merdeka
merdekakan mereka yang tak memerdekakan
merdekakan mereka yang tak memerdekakan kemerdekaan
mengenangkan mereka yang bangun memerdekakan
memerdekakan fikiran
memerdekakan harapan
memerdekakan gambaran
memerdekakan seruan
memerdekakan kuasa
memerdekakan hamba
memerdekakan kamukamu
memerdekakan akuaku
memerdekakan perpaduan
memerdekakan belenggu
memerdekakan pisau
memerdekakan sasau
memerdekakan diam
mengenangkan jasasasa mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan keringatdarah mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan
selepas membaca puisi hari kemerdekaan
selepas mendengar amanat tentang hari-hari kemerdekaan
selepas mencatat matlamat berkenaan sebuah kemerdekaan
dewan yang meruangkan suara
tinggal menyepi yang akan didatangi lagi
setiap tahun dan sekali
jalurjalur gemilang berkibar sendiri
lafaz merdeka tinggal di telinga hingga didengar
nanti tahun kemudiannya berulang diulangkan lagi
habis di sini!
Friday, July 30, 2010
Kemerdekaan demi Agama,Bangsa,dan Tanah Air
Malam Merdeka
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Subscribe to:
Comments (Atom)